Latar belakang Larangan_udara

Larangan udara merupakan tunjang kepada misi kuasa udara yang dilakukan sejak Perang Dunia I oleh kesemua tentera udara. Semasa peperangan, tujuannya adalah untuk mengasingkan medan pertempuran dengan membedil dan mengebom rangkaian bekalan musuh. Sasaran-sasarannya adalah rangkaian jalan keretapi, jambatan dan konvoi trak. Disebabkan keadaan pesawat dan teknologi senjata yang primitif, selain dari doktrin dan taktik udara yang belum dibangunkan, misi-misi larangan udara semasa Perang Dunia I mempunyai kegunaan yang terhad.

Potensi larangan udara diakui dengan jelas, bagaimanapun semasa Perang Dunia II larangan udara sekali lagi menjadi menjadi misi utama bagi angkatan tentera udara. Meskipun operasi-operasi larangan udara dilaksanakan dikesemua perbatasan, operasi-operasi yang paling banyak dilakukan dan dianalisa adalah operasi-operasi yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Britain menentang Pasukan Paksi. Secara spesifiknya, Pasukan Bersekutu telah melancarkan usaha sekatan udara semasa kempen-kempen di Afrika Utara, Itali dan Normandy. Medan bagi tiga kawasan pertempuran ini adalah berbeza dari segi cuaca, permukaan bumi, kemudahan bekalan dan pengangkutan musuh dan kehadiran perisikan ke atas pasukan musuh. Akibat daripada perbezaan-perbezaan ini, memberi keputusan yang berbeza ke atas operasi-operasi larangan udara. Kejayaan terbesar adalah di padang pasir di Afrika Utara, di mana Pasukan Paksi juga bergantung penuh kepada konvoi laut yang melalui Laut Mediterranean yang mudah dinampak dan diserang. Berbeza semasa kempen di Itali, di mana dipenuhi dengan permukaan bumi yang bergunung-ganang, keadaan cuaca buruk dan garis bekalan Jerman yang dekat. Keputusan berbeza daripada dua kempen ini telah mengajar perancang udara pengajaran yang berbeza.

Larangan udara banyak memainkan peranan penting di dalam konflik sejak Perang Dunia II. Ia telah digunakan secara ekstensif di dalam konflik yang melibatkan Amerika Syarikat di Korea, Vietnam, Iraq dan Serbia, selain perang di antara Israel dengan negara-negara Arab di Timur Tengah. Sekali lagi, perbezaan keadaan tempatan dan kekangan politik membawa kesan yang amat besar bagaimana larangan udara dilaksanakan dan tahap kejayaannya. Sebagai contoh di Vietnam, kempen larangan udara strategik yang dikenali sebagai Operasi Rolling Thunder (1965–1968) merupakan kegagalan yang terburuk. Permukaan bumi dengan hutal tebal, perisikan lemah ke atas pergerakkan musuh dan kekangan politik ke atas sasaran menjadikan usaha-usaha larangan udara oleh Amerika Syarikat adalah sia-sia. Pengaliran bekalan dan bantuan daripada Vietnam Utara kepada unit-unit mereka di Vietnam Selatan tidak terjejas teruk. Sebaliknya, usaha-usaha larangan udara Pasukan Bersekutu di dalam Perang Teluk pada 1991 telah membawa kejayaan besar dalam memisahkan barisan hadapan unit-unit Iraq daripada pangkalan-pangkalan mereka di belakang. Perisikan, yang diperolehi daripada penderia-penderia udara dan angkasa, telah memberi gambaran jelas kedudukan-kedudukan musuh, dan persekitaran padang pasir yang terbuka telah membantu dalam operasi larangan udara.